Sejarah






SEJARAH PENUBUHAN AWAL
PRASEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PAYA BESAR,
JKR 1416 KAMPUNG PAYA BESAR, 85000 SEGAMAT, JOHOR.


Prasekolah Sekolah Kebangsaan Kampung Paya Besar telah diwujudkan sekitar tahun 2003. Pada ketika itu prasekolah ini dikendalikan oleh
En.Mohd Yunos Bin Abd Rahman sebagai guru prasekolah ketika itu. Prasekolah ini adalah perluasan tahun 2003 negeri Johor.

Kini setelah 10 tahun beroperasi di Kampung Paya Besar, murid prasekolah ini semakin bertambah. Guru prasekolah kini ialah En. Samat Bin Jamal dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid iaitu Pn. Norema Binti Kudus.

Prasekolah sekolah ini telah dikategorikan sebagai Prasekolah Sekolah Kurang Murid (SKM). Kelas prasekolah ini diubah suai dari bangunan lama menjadi kelas prasekolah. Pada 1 Januari 2004, kelas prasekolah telah dibuka disekolah ini dengan muridnya seramai 19 orang, tahun 2005 pula 24 orang, tahun 2006 ialah 16 orang, tahun 2007 ialah 11 orang, tahun 2008 ialah   25 orang, tahun 2009 ialah 21 orang, tahun 2010 ialah 22 orang, tahun 2011 ialah 22 orang, tahun  2012 ialah 25 orang dan tahun 2013 muridnya seramai 24 orang, terkini tahun 2014 pula 18 orang.

No comments:

Post a Comment